Oleh : Mohammad Salleh Abdullah Tarikh: 27 Oktober 2008 Guna dana wakaf bantu bukan Islam Cadangan pengagihan zakat kepada rakyat bukan Islam bukanlah isu baru. Ia pernah timbul di hampir setiap negeri. Di Pulau Pinang, misalnya baru-baru ini, dalam satu kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Kampung Guar Jering, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah mencadangkan perkara yang sama untuk menarik hati pengundi bukan Islam. Paling terbaru, di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lalu, wakil Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim mencadangkan supaya sebahagian peruntukan zakat disalurkan kepada bukan Islam bagi mengatasi masalah kemiskinan. Dari segi hukum, usul tersebut tiada kewajarannya kerana agama Islam melarang agihan zakat kepada bukan Islam. Mengikut sarjana terkenal Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Kitab Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu al-Juz' al-Thani (terjemahan), Islam memperuntukkan bahawa zakat tidak boleh diberikan kepada orang kafir. Mengikutnya,...
Recovery Blog for https://isdevnews07.blogspot.com/ since 2007 until July 15, 2018